Monday, March 21, 2011

MIZZ U ALL>>>

saya rindu kamu sangat-sangat....
Mish u syo...much....
Angah& Mak
 
 

Argh Tension...

WiFi Poly terlalu slow...gena nak buat kuiz,kuiz,kuiz & kuiz lagi...please help me!!!WiFi tolong la laju sikit...aku banyak keja ni...time aku nk submit je line putus...waaaa.....mak....tolong cekk..penatype  je aku type panjang lebar tub2 hilang...aish betol2 menguji kesabaran aku...
                                                                              

Sunday, March 20, 2011

Sekadar Nasihat & Muhasabah Diri

Luka disebabkan oleh sebatang panah akan meninggalkan belas dan sembuh,
sebuah rimba yang dirobohkan oleh sebilah kapak akan tumbuh kembali,
tetapi luka yang disebabkan oleh kata-kata akan tetap menjadi luka yang
dalam dan tidak akan sembuh....

Sunday, March 13, 2011

Kenapa Kau muncul Setiap kali Aku Nak Berubah????

 Orang lain Sibuk Study,aku sibuk tengok movie,
Orang lain sibuk baca buku, Aku pulak sibuk baca subtitle movie,
tu pun kalau yang ada subtitle la..kalau yang xda tu ntah paham,ntah tak...Cite orang putih la...
Orang lain sibuk buata nota, Aku sibuk type msj...
Orang lain tido lewat,Aku pun tido lewat jugak,Tapi bukan sebab study,sebab tengok movie,Fb,Download ntah pe2 la...Cmne la nak tetapkan hati ni...Exam da nak dekat da...Study ap satu pn blm lagi...Ya Allah.....
Kuatkanlah hati hambamu ini....Ya Allah Jauhkanlaha hambamu ini dari godaan syaitan,bisikan syaitan....Tunjukkanlah jalan yang benar Kepadaku...Amin...

Friday, March 11, 2011

Puisi Cinta

Satu nafas terhembus adalah kata
Angan, debur, dan emosi tercampur
Dalam jubah terpautan
Tangan kita terikat... bibir kita menyatu
Maka setiap apa yang terucap
Adalah sabda pandita ratu
Di luar itu pasir
Di luar itu debu
Hanya pasir meniup saja lalu hilang
Terbang tak ada
Tapi kita tetap menari
Tarian cuma kita yang tahu
Jiwa ini adalah tandu
Duduk saja...maka akan kita bawa semua
Karana kita adalah satu

Thursday, March 10, 2011

Keluarga Aku


  



Majlis perkahwinan Ayu & kak ni

Dah kawin dah sedara aku sorang ni...


Yang ni akak kepada pengantin yang atas tu..
 
  • Rasa macam tak sabar plak nak kawin..tapi nak buata camna takda orang nak masuk meminang...sabo ajela ye...

Tuesday, March 8, 2011

Jenis-Jenis Syaitan...

Assalamualaikum wbt,

>Simpanlah baik2 email ini dan sebarkan pada rakan rakan anda sebagai
>peringatan kita setiap hari dimana syaitan2 kurang ajar ini mengganggu
>hidup harian yang mungkin selama ini kita tidar sedar hasutan mereka
>.Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi
>pedoman hidup hingga keakhir hayat ,

>Insya'Allah .
>
>Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:

>1. Zalituun

>  Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda
>supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

>2. Wathiin

>Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap
>Allah.

>3. A'awan

>Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok
>dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu
>mendengar nasihat para ulama.

>4. Haffaf

>Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di
>tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman
>keras).
>
>5. Murrah
>
>Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa
>kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

>6. Masuud

>Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan
>apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

>7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)

>Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah,
>Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri
>bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang
>pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk
>kemusnahan rumah tangga lagi).

>8. Walahaan

>Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan
>solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

>9. Lakhuus

>Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

>10. Isetan. ( YANG PALING BAHAYA DAN DITAKUTI )

>Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi. terdapat di sekitar Lembah
>klang, singapore, Beijing &.....
>Kebaikan: Memberi potongan harga pada Karnival jualan
>Keburukan: Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu sembahyang
>dan lupe yg lakinya dah tunggu kat kereta.

>Pesanan ; shopping tu agak2 sikit, jangan sampai berlebih2an pulak.
>Membazir itulah sebenarnya amalan Syaitan.

>HAVE A NICE DAY..........

KITA ADALAH PENGANTIN...

Pada suatu masa yang ditetapkan...
Kita pasti dirisik..
Pertunangan sejak azali..
Di hujung hidup nanti..
Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..
Hantarannya... sakit dan nazak..
Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..
Pengantin dimandikan..
Dipakaikan baju cantik putih..
Wangian gaharu dan cendana..
Keranda jadi pelaminan..
Pengantin bersanding sendirian..
Di arak keliling kampung..
Berkompangkan azan dan kalimah kudus..
Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahat..
Saksi pula nisan-nisan..
Siraman air mawar..Keluarga terdekat menepung tawar..
Tiba masa pengantin..
Menunggu sendirian..
Malam pertama bersama KEKASIH..
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan Dia menuntut janji..
Sucikah kita tatkala berpadu..
Pernahkah taubat sepanjang hayat..
Atau terkubur bersama dosa-dosa...
Dan DIA KEKASIH itu..
Menetapkanmu ke syurga..
Atau melemparkan dirimu ke neraka